Rabu, 23 November 2011

BIODATA PEGAWAI POLIS

BIODATA PEGAWAI POLIS

Jyuuzo Megure
Seorang detektif/pegawai polis yang mendedahkan pembayang yang tidak diperasankan oleh Conan dan Kogoro Mouri. Kogoro pernah bekerja di bawahnya 10 tahun yang lalu. Dia jarang menanggalkan topinya kecuali pernah dilihat ketika dia diserang yang mendedahkan parut lamanya. Isterinya bernama Midori (dia hampir mati akibat dilanggar oleh seorang penjenayah yang menyerang pelajar sekolah tinggi berskirt panjang ketika menyamar untuk memerangkap penjenayah itu).


Miwako Sato
Pegawai polis muda yang bekerja dengan Megure. Bapanya juga merupakan pegawai polis sebelum dibunuh ketika Sato hanya berusia enam tahun. Rakan lamanya, Matsuda terbunuh dalam satu letupan. Dia merupakan seorang yang tabah, berani, bersemangat dan popular di kalangan polis lelaki dalam unit yang sama. Dia pernah menghadiri 'pertemuan jodoh' dengan Inspektor Shiratori tetapi gagal.


Wataru Takagi
Seorang lagi pegawai yang bekerja dengan Megure dan terpikat dengan Sato. Dia sering digambarkan sebagai orang yang sering gementar tapi tidaklah tak berguna. Kebolehannya adalah mampu menganalisis suatu situasi dengan cepat dan mengambil keputusan yang cepat apabila semuanya telah diketahui.


Shiratori Ninzaburo
Seorang inspektor yang berkaliber. Dia mula-mula ditunjukkan menjadi pesaing kepada Takagi untuk memikat Sato kerana Sato serupa dengan seorang budak perempuan yang dia sukakan dahulu. Kemudian, dia mengetahui bahawa guru kelas Conan, Cikgu Kobayashi, sebenarnya gadis tersebut dan tidak lagi mengganggu hubungan Takagi dengan Sato.


Matsumoto Kiyonaga
Pegawai atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan